STATISTIK PENAGIHAN DADAH
PENGENALAN
Kes penagihan dadah merupakan kesalahan yang diletakkan di bawah Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Masalah ini semakin serius sejak
tahun 1970an sehingga mendorong kerajaan Malaysia mengisytiharkan dadah
sebagai musuh nombor satu negara pada tahun 1983. Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan menangani
permasalahan yang berkaitan dengan dadah. Peranan utama AADK ialah untuk
menentukan segala usaha negara menangani ancaman dadah berjalan secara
terancang, terarah dan selaras dengan matlamat akhirnya untuk mewujudkan satu
masyarakat dan negara yang bebas daripada dibelenggu permasalahan dadah.
STATISTIK PENAGIH DADAH
Sepanjang tahun 2012, kes penagihan dadah di Malaysia menunjukkan penurunan
sebanyak 19.74% berbanding tahun 2011 (11,194 orang). Penagihan ini
dibahagikan kepada dua jenis iaitu penagih yang baru dikesan oleh sistem AADK
iaitu sebanyak 5,270 orang, penurunan sebanyak 24.24% berbanding 6,956 orang
tahun sebelumnya. Manakala bagi kes penagihan berulang yang pernah menjalani
rawatan di bawah AADK dan direkodkan di dalam sistem AADK sebelum ini
mencatatkan 3,745 orang iaitu penurunan sebanyak 11.63% berbanding tahun 2011
(4,238 orang).
Secara purata, seramai 751 orang penagih dikesan setiap bulan dengan 439 orang
daripadanya penagih baru dikesan dan 312 orang penagih berulang (Jadual 1).
Jadual 1 . Jumlah penagih yang dapat dikesan pada tahun 2011 dan 2012
Jadual 2. Taburan penagih dadah di Malaysia pada tahun 2012
Jadual 3 menunjukkan perbandingan penagih yang dikesan mengikut negeri bagi tahun 2012 dan 2011
Jadual 4 Pengesanan Kes Baru dan Kes Berulang Tertinggi Mengikut Negeri Bagi Bulan Januari-November 2012
Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Jantina Pada Tahun 2012
Pecahan Penagih Dadah Mengikut Umur Pada Tahun 2012
Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Sebab Mula Mengguna Dadah Pada Tahun 2011-2012